Ciri-ciri sahabat yang baik,...
jika engkau berbakti kepadanya,
dia akan melindungi kamu..
jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,
dia akan membalas persahabatan kamu..
jika engkau memerlukan pertolongan darinya,
dia akan membantu kamu..
jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,
dia akan menerimanya dengan baik dan ikhlas..
jika dia mendapat sesuatu kebajikan drpda kamu,
dia akan menghargai dan mengingati kebaikan kamu..
jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu,
dia akan menasihati kamu dan menutup kesalahan kamu (aib)...
jika engkau meminta bantuan daripadanya,
dia akan cuba untuk mengusahakannya..
jika engkau berdiam diri kerana malu untuk meminta,
dia akan menanyakan kesusahanmu...
jika datang sesuatu bencana menimpa mu,
dia akan berusaha menenangkan mu...
jika kamu berdua berselisih faham,
maka dia lebih mudah beralah..
untuk menjaga ukhuwah yg kian lama terbina....


No comments:
Post a Comment