~My mUsIc~

7 Jul 2011

CiNtA hAkIkI......

Milik siapakah CINTA di hati ku ini???
Kita mudah tertarik pada keindahan dan ketampanan,
Namun sedarkah kita pada PENCIPTA keindahan itu???
Sedangkan DIA lah PENCINTA yg maha indah..
Sesungguhnya ALLAH itu indah dan mencintai keindahan,
Kita mudah jatuh hati pada kekayaan,
tapi sedarkah kita segala-galanya hanya pinjaman seketika dari YANG ESA??
Sedangkan DIA lah ZAT yang Maha KAYA...
Kita mudah tertarik pada kehebatan insani,
Jatuh hati pada pangkat dan kehormatan insan,
tapi berapa ramaikah yg sedar
betapa HEBAT dan AGUNGNYA ALLAH S.W.T...
Sedangkan DIA lah Tuhan Yang Maha AGUNG Lagi Maha TINGGI...
Kita mudah terpikat pada insan yang mengambil berat tentang kita,
Tertarik pada insan yg selalu beri perhatian pada kita,
Namun berapa org yg sedar bahawa ALLAH selalu ambil berat tentang kita???
Sedangkan DIA lah ZAT Yang Maha Memberi PETUNJUK...
DIA lah yg mengawasi kita sejak lahir hingga lah ke liang lahad kelak...
Kita mudah tertarik pada insan yg memberi,
Mudah jatuh hati pada insan yg pemurah..
Namun begitu adakah kita sedar akan DIA Yang Maha PEMBERI??
Sedangkan tidak ada yg mampu memberi nikmat selain DIA....
Apakah ada lagi selainNYA yg lebih layak diletakkan pada CINTA TERAGUNG??
INTIHANYA Cintailah DIA kerana Cinta NYA lebih indah daripada Cinta insani....

No comments:

Post a Comment