~My mUsIc~

2 Aug 2011

KeJaDiAn MaNuSiA dArIpAdA tAnAh.

Asal kejadian manusia adalah daripada tanah yang hina..Tanah yang dipijak-pijak,dihenjak-henjakkan dengan kaki...Bahkan manusia sendiri sanggup berbelanja mahal untuk membeli kasut bagi mengelakkan kaki terpalit tanah..Namun itulah hakikat kejadian yang Allah telah takdirkan kepada makhluk yang bernama manusia..Sehingga iblis sendiri memperlekehkan kejadian ini dengan mengatakan dia lebih mulia kerana diciptakan daripada api...Takdir Allah jugaklah yang menjadikan manusia sebagai makhluk paling mulia seperti firman-Nya:"sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam.Dan Kami telah mengangkut mereka (dengan pelbagai kenderaan) di daratan dan di lautan.Kami juga telah memberikan rezeki kepada mereka daripada perkara-perkara yang baik serta Kami telah memberi kelebihan kepada mereka mengatasi makhluk-makhluk lain yang telah Kami ciptakan." (SURAH AL-ISRAK:70) Justeru itu,janganlah kita cemari kemuliaan kita dengan sifat keangkuhan .Kelak,Allah akan hinakan kita sebagaimana hinanya sang Iblis,Namrud dan Firaun...Sekiranya ada sekelumit keangkuhan berputik dalam hati kita,ingatlah kita ini hanya daripada tanah......

No comments:

Post a Comment